Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan
telah dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi
menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi
negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan
untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada
31 Mac 2006.
|
Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan
daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.
Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di
UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship
education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu
frasa rangsangan seperti“Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan
Teras Kami) dan “Entrepreneurial University”(Universiti Keusahawanan) digunakan
dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek
dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :
|
1.
Keusahawanan dan Perniagaan ;
2.
Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
3.
Agro-industri dan Sains Sumber Asli
|
Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada
kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan
untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas
pertama, lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan
dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada
peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability
and capacity building of SME)serta menyumbang kepada pembangunan
masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT
as an enabler).
|
Penubuhan Universiti
|
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di
Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan
pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua
operasi, iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar
seramai 332 orang pelajar.
|
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia
Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1
Oktober 2006.
|
Info UMK
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment